Pemulihan daripada rheumatoid arthritis (42 years old) – Written in Bahasa

Sebelum berkenalan dengan Shuang Hor, saya sudah menghadapi rheumatoid
arthritis. Oleh kerana sendi di lutut selalu radang dan mengalami geseran untuk jangka
masa yang panjang, saya tidak dapat berdiri dan terpaksa memakai kerusi roda selama
2 tahun. Saya telah berjumpa dengan 3 orang pakar tulang dan mereka menasihati
saya supaya menjalani pembedahan untuk membantu pergerakan. Namun saya enggan
kerana saya berkeyakinan akan menjumpai penawar untuk merawat kaki saya suatu hari
nanti.

Pada bulan Oktober 2003, saya mula makan Lingzhi dan debunga atas pengesyoran
kawan, dari 6 kapsul Lingzhi, saya menambahkan kuantiti pengambilan kepada 20
kapsul Lingzhi dan 20 kapsul debunga setap hari, saya juga makan produk Shuang
Hor yang lain, berenang dan menjalani Qigong. Kesihatan saya dapat dipulihkan dalam
masa 2 tahun, saya dapat hidup seperti biasa dan tidak menggunakan kerusi roda lagi.
Namun kesihatan sendi saya masih kurang memuaskan kerana saya tidak boleh berjalan
atau berdiri lebih daripada 30 minit. Kedua-dua belah kaki saya menjadi kebas dan sakit
kerana kekuatan sendi saya sudah merosot dengan serius.

Selepas pengeluaran VitaKing, saya makan 2 paket VitaKing dan 2 paket Jia Hor
Instant Soya Protein Powder tiap-tiap hari bersama Lingzhi dan debunga. Beberapa hari
kemudian, sendi jari saya menjadi bengkak dan saya tahu itulah reaksi pemulihan. Jadi
saya pun menambahkan kuantiti pengambilan Lingzhi kepada 12 sehingga 15 kapsul.
Tidak lama kemudian, jari saya dapat bergerak dengan mudah. Saya mengekalkan kuantiti
pengambilan itu selama 45 hari dan saya dapat naik turun tangga seperti orang biasa,
kedua-dua belah kaki saya bertenaga semula dan saya dapat berjalan dengan baik dan
cepat. Selain itu, VitaKing juga dapat melangsingkan badan saya dan menguatkan otot
saya. VitaKing bukan sahaja berkesan, ia juga sedap dan mudah dibancuh. Masalah
sendi saya sudah diperbaiki. Pada bulan Februari tahun ini, saya berpeluang menyertai
rombongan Shuang Hor melawat ke Huangshan, Negeri China. Saya berjaya menaiki
Huangshan, saya tidak pernah berimpian seperti itu sebelumnya. Impian saya tercapai
kerana VitaKing dan produk-produk kesihatan Shuang Hor!