Berhati-hati dengan Panadol!!!

Saya percaya kebanyakan kita pernah makan panadol. Bukan itu saja, kita tahu membelinya sendiri apabila kita ada sakit kepala atau demam. Apabila kita sakit dan jumpa doktor, biasanya kita akan menerima panadol kan? Panadol dibuat daripada bahan aktif paracetamol / acetaminophen. Ada yang bukan brand Panadol tapi bahan aktifnya sama.

panadol panadol2

Sebelum kita cakap lebih tentang paracetamol, dengar beberapa kes benar:

Kes 1: Paracetamol membunuh ibu yang mengambil ‘beberapa tambahan’ pil sehari.(Source)

Kes 2: Seorang ayah bersedih semalam memberitahu bagaimana anak perempuannya meninggal dunia selepas mengambil terlalu banyak pil paracetamol dalam usaha untuk melegakan kesakitan beliau selepas rawatan pergigian. (Source).

Sebenarnya, Panadol adalah selamat dalam dos biasa. Tetapi dalam dos berlebihan, ia boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk yang boleh mengancam nyawa. Apa yang membimbangkan ialah, apabila hati kita ada masalah, kita tidak akan sedar sehingga hati menjadi dalam keadaan yang teruk kerana hati tiada saraf yang istimewa khas untuk menyampaikan maklumat sakit

Pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan paracetamol melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan penyakit pada hati. Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya anda mendapati tanda-tanda kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau – fakta dari http://www.myhealth.gov.my/

Berapa banyak yang dipanggil terlalu banyak? Maksimum dos dewasa disyorkan adalah 4g sehari. Satu biji biasanya 500mg. Ini bermakna maksimum 8 kaplet sepanjang tempoh 24 jam. Setiap kaplet mengandungi 500 miligram paracetamol.

Lagi berita dan maklumat:-

Related Link – Awas – Kesan Samping dari Ibuprofen (Nurofen) NSAID